Login
Register
UTAMA
Assalamu’alaikum wbt dan selamat sejahtera,

Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti bertujuan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan pengurusan ilmu pendidikan tinggi di PPI UMK  memenuhi piawaian ISO 9001:2015. Prosedur ISO diterapkan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PPI UMK dan menjadi panduan dalam mengukur prestasi keseluruhan SPK PPI. Bahagian Pengurusan Kualiti telah membuat pemurnian ke atas dokumen-dokumen Sistem Pengurusan Kualiti.

Warga PPI UMK  hendaklah merujuk kepada Manual Kualiti dan Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sebagai garispanduan di dalam pengurusan dan prosedur kerja di PPI UMK.
Semoga dengan penggunaan dokumen SPK ini dapat memantapkan lagi prosedur kerja serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan Pengurusan Ilmu PPI Universiti Malaysia Kelantan.
‘Amanah & Tanggungjawab Bersama’

Ketua Bahagian  Pengurusan Kualiti, PPI UMK